MAKANAN YANG BAIK KETIKA MENYUSU
Ibu-ibu yang sedang menyusu hendaklah memilih makanan yang baik untuk kesihatan dirinya dan juga untuk anak yang sedang disusuinya. Makanan dan minuman seorang ibu yang sedang menyusu memberi kesan terhadap pemprosesan dan pembinaan susunya. Oleh itu, pilihlah makanan yang sesuai bertepatan dengan kehendak kesihatan dan juga yang paling penting, HALAL.
AMALKAN
- Makanan bakar
- Air masak / suam
- Daging, ikan & sebagainya (berzat)
- Sayuran hijau berzat
- Buah-buahan
- Sup
- Makanan terlalu banyak rempah dan cili
- Air batu atau tidak di masak
- Makanan mengakibatkan angin seperti ubi kayu, ubi keledek dan lain-lain
- Sayuran berjenis sejuk seperti pucuk ubi, nangka, labu dan lain-lain
PETUA TRADISIONAL
![]() |
| CEKUR MANIS |
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com
2) Kacang Tanah
![]() |
| KACANG TANAH |
3) Air Longan
![]() |
| LONGAN KERING |
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
4) Halba dan Jintan Hitam
![]() |
| HALBA |
![]() |
| JINTAN HITAM |
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba
5) Bunga Melur
![]() |
| BUNGA MELUR |
Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com
6) Lobak Putih
![]() |
| LOBAK PUTIH |
7) Pucuk Betik
![]() |
| PUCUK BETIK |
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.
8) Tuaman Daun Sirih
![]() |
| DAUN SIRIH |
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak
8) Jantung Pisang
![]() |
| JANTUNG PISANG |
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.
9) Makanan Tinggi CLA
![]() |
| KEJU |
Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
10) Kurma
![]() |
| KURMA |
Petikan dari: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung
.jpg)

.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment