Monday, 20 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE SRI AMAN DAN KUCHING : KELEBIHAN DAN TIPS PENYUSUAN SUSU IBU

Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi sejak saat pertama kelahiran. Susu ibu sangat2 penting bagi perkembangan fizikal dan mental anak-anak. Susu dianggap sebagai kunci hubungan antara pemakanan dengan faktor kejiwaan serta kesan hubungan rapat antara anak dengan ibu.



KELEBIHAN ANAK YANG DISUSUI DENGAN SUSU IBU

Para ahli kesihatan, sama ada di kalangan pakar kesihatan Islam mahu pun bukan Islam, masing-masing merumuskan hasil daripada penyusuan susu ibu ( susu badan ) telah memberi kesan yang amat baik berbanding susu lain. Antara rumusan yang didapati adalah seperti berikut.
  1. WATAK ANAK LEBIH LEMBUT
  2. EMOSI BAYI LEBIH STABIL
  3. ANAK LEBIH MENGASIHI IBUNYA SERTA ADIK-BERADIKNYA
  4. ANAK BERASA TERJAMIN, YAKIN DAN LEBIH BERANI
  5. ANAK TIDAK MUDAH DITIMPA TEKANAN JIWA
  6. MINDA ANAK LEBIH CEMERLANG
  7. FIZIKAL ANAK LEBIH KEBAL DARI PENYAKIT
Anak yang Soleh dan solehah adalah harapan Ibu dan Ayah

TEKNIK PENYUSUAN BAYI

Teknik penyusuan bayi turut memberi kesan terhadap perkembangan bayi. Para ibu dinasihatkan melakukan beberapa tindakan semasa penyusuan. Tindakan tersebut ialah :
  • Peluk dengan erat dan penuh kasih sayang
  • Usap-usap kepalanya dan belai tubuh badannya.
  • Emosi ibu harus dijaga. Elakkan daripada menyusu bayi apabila sedang marah kerana anak itu akan jadi pemberang.
  • Riba anak ketika menyusu kerana mempengaruhi mentalnya dan membantu untuk berinteraksi secara harmoni pada manusia sekelilingnya.
  • Ibu hendaklah menjaga kebersihan pemakanannya. Kerana Rasulullah mengingatkan dengan sabdanya bermaksud " Hati itu ditempa dengan apa yang dimakannya ".



No comments:

Post a Comment