PENGEDAR SHAKLEE SRI AMAN DAN KUCHING : SHAKLEE DAN SEJARAHNYA
SIAPAKAH PENGASAS SHAKLEE
Dr. Forrest C.Shaklee adalah pengasas syarikat Shaklee pada tahun 1956 semasa berusia 61 tahun dan hidup untuk melihatnya berubah menjadi sebuah syarikat Fortune 500 dalam usia 80-an beliau.
 |
DR. FORREST C. SHAKLEE
|
SEORANG YANG BERBAKAT
DR.FORREST C.SHAKLEE adalah seorang yang berbilang bakat, laluan kerjaya yang pelbagai Dr.Shaklee termasuk chiropractor, pencipta, penulis, paderi dan personaliti radio. Setiap pengalaman membantu membentuk wawasan beliau. Hari ini, falsafah Shaklee "Better You Better World" mencerminkan secara langsung visi awal Dr.Shaklee.
SEJARAH SHAKLEE
Minat Dr.Shaklee dalam kesihatan bermula kerana penyakit zaman kanak-kanaknya : batuk kering. Tanpa bergantung pada hospital dan ubat-ubatan, rawatan beliau adalah rehat yang cukup, makanan berkhasiat dan menghabiskan waktu di luar, di kawasan luar bandar Lowa. Hidup berharmoni dengan alam menjadi satu cara hidup dalam tahun-tahun pembentukan beliau.
SYARIKAT SHAKLEE
Shaklee adalah syarikat yang tepat dalam inddustri yang tepat pada masa yang tepat. Dr.Forrest C.Shaklee mempelopori supplemen pada tahun 1915 dan konsep pemasaran MLM pada tahun 1956. Pada penghujung tahun 60'an Syarikat Shaklee adalah didalam momentum yang amat kuat untuk menjadi syarikat ke-2 paling pesat berkembang di Amerika Syarikat. Syarikat ini merupakan ahli NYSE dan Fortune 500.
No comments:
Post a Comment