PENGEDAR SHAKLEE SRI AMAN DAN KUCHING : HIPERTENSI!!! ADAKAH ANDA BERISIKO
APAKAH HIPERTENSI
Hipertensi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140\75.
Hipertensi bermakna bacaan tekanan darah (BP) menunjukkan bacaan sistolik 140 mmHg atau lebih atau bacaan diastolik 90 mmHg atau lebih.
Ketahuilah risiko anda terhadap hipertensi. Bincang dengan doktor anda dan rancangkan aktiviti untuk mengurangkan risiko tersebut.
Mereka yang berisiko tinggi termasuklah :
Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit hipertensi.
Faktor usia yang telah melebihi 35 Tahun.
Mempunyai berat badan yang berlebihan, gemuk atau obes.
Wanita yang pernah mengalami hipertensi semasa mengandung.
Tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan tahap pengambilan garam yang berlebihan.
Merokok
Minum alkohol yang berlebihan
Sentiasa dalam keadaan stress
Mempunyai tekanan darah dalam julat pra-hipertensi.
LANGKAH MENCEGAH HIPERTENSI
Capai dan kekalkan "Berat Badan Unggul". Sentiasa pantau BMI anda
Amalkan aktiviti fizikal atau senaman setiap hari
Amalkan pemakanan sihat dan kurangkan pengambilan garam
Tidak merokok dan sihat tanpa alkohol
Pupuk minda sihat dan tangani stress
Lakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan sasarkan tekanan darah BP anda dalam paras normal iaitu 120\80 mmHg atau kurang.
Jom kita sama-sama mengamalkan rutin harian yang lebih sihat demi orang-orang yang kita sayang. Kesihatan tidak dapat di nilai dengan wang ringgit. Mencegah lebih baik dari merawat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
No comments:
Post a Comment